Monday, 16 December 2013

Simple Skincare Tips / Tip Menjaga Kesihatan Kulit Oleh : OXY

TIP 1
Did you know drinking enough water is really important for great skin? It’ll help clear your skin and give you a nice healthy glow too! So make sure you drink at least 8 glasses of water a day. Simple right? :)

Kalau nak cepat mencerahkan kulit supaya kelihatan segar and sihat, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari! Minum cukup air aje! Senang je kan? : )

TIP 2
Did you know your hand phone might be causing you pimples! Make sure you don’t touch your face with things that might collect skin residue or sebum as it can clog your pores and cause pimples. This includes your fingers and yes, your hand phone!

Eh! Korang tau tak telefon bimbit blh jadi punca jerawat! Kalau kita sentuh kulit kita dgn sebarang permukaan yg ade sisa kulit atau sebum, ia blh menyumbat liang roma kita & menyebabkan jerawat!

TIP 3
Remember to clean your sun glasses or glasses if you wear them. This will get rid of oil or skin residue that may clog your pores and cause pimples around your eyes and nose.

Jangan lupa membersihkan cermin mata hitam atau cermin mata anda. Ia munkin mempunyai sisa kulit atau minyak yang boleh menyumbat liang roma and menyebabkan jerawat di bahagian mata and hidung.

TIP 4
Remember when you dress up to remove your makeup before sleeping. Make sure to clean your hair and keep it out of your face if possible. This’ll prevent additional dirt and oil clogging your pores and reduce the chances of you getting pimples.

Kalau pakai cantik-cantik, jangan lupa menanggalkan mekap sebelum tido. Cuci rambut anda dan jika boleh, pastikan it tidak menyentuh muka anda. Ini adalah untuk mengelakkan kotoran dan minyak menyumbat liang roma anda dan mengurangkan kemungkinan menumbuh jerawat.

TIP 5
Eww! Blackheads are gross! Preventing them is easy tho! If you don’t keep your skin clean, more dirt is attracted to it. Then, yellow blackheads turn into black, hard bumps which are difficult to remove. So, make sure you practice regular cleansing with OXY Deep Cleansing Wash to avoid this!

Eee! Bintik hitam sungguh menjijikkan! Tetapi mencegahnya agak senang. Jika kulit anda tidak bersih, lebih kotoran akan tertarik padanya. Maka, bintik kuning-hitam akan bertukar menjadi hitam, keras dan susah untuk dipetik. Jadi, gunalah OXY Deep Cleansing Wash untuk mengelakkan masalah ini.

TIP 6
To pop or not to pop! That is the question. The answer? Do NOT pop your pimples! Popping pimples can push infected material further into the skin, leading to more swelling and redness, and even scarring. So resist the urge to pop your pimples, or you might regret it!

Rasa geram kan bila lihat jerawat besar? Memang rasa nak sangat memicitnya. Tetapi JANGAN! Memicit jerawat boleh menolak infeksi dengan lebih medalam kulit anda. Ini akan menyebabkan kemerahan, kebengkakkan dan parut-parut! Kesimpulannya? Jangan picit! Nanti menyesal!

TIP 7
Kalau nak pakai cantik-cantik gi mana mana, jangan lupa menanggalkan mekap sebelum tido! Kalau pakai krim rambut, cuci la rambut. Nanti tumbuh jerawat, menyesal pulak! ;)

If you’re getting all dressed up for a nice outing, don’t forget to clean up before heading to bed. Remove your make up before sleeping and if you’ve styled your hair, remember to wash it. You’ll definitely not regret it!

TIP 8
In a sunny place like Malaysia, we get tanned easily. If you like a fairer complexion, why not try the Whitening Face Wash?:>

Dalam negara tropika macam M’sia ni, matahari terik boleh mengakibatkan kulit yang lebih gelap. Kalau nak kulit cerah, apa kata anda cuba Whitening Face Wash?^^

TIP 9
Are you frustrated with the blemish marks after your pimples have healed? Try the Oil Control Mask. It’ll lighten the marks.^^

Frust tak tentang kesan-kesan jerawat? Anda boleh cuba Oil Control Mask. Ia mengandungi Natural-B-Glucan dan Zinc PCA yang boleh mencerahkan bekas jerawat.


Tips Pengurusan Masa Belajar

PENGURUSAN MASA

Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat demikian. Antaranya seperti maksud ayat di bawah;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-`Ashr: 1-3)


HARGA DAN KEPENTINGAN MASA KEPADA MANUSIA.




Sehubungan dengan perkara itu , Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga.Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya menganiaya dirinya sendiri.
Imam Al- Banna pula berpesan; "Janganlah kamu habiskan masa kamu dan saudaramu pada perkara yang tidak memberi faedah,"Harta benda, wang ringgityang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang masakan dapat dicari ganti. Oleh itu setiap pelajar janganlah hendaknya suka membuang masadan suka bertangguhdaripada memulakan atau melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Bagi pelajar yang suka bertangguh mereka sebaiknya membaca dan meneliti dan mengambil pelajaran hadis Nabi berikut yang bermaksud; "Jika Qiamat akan berlaku dan ditangan kamu pada masa itu ada benih kurma dan jika kamu masih sempat menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya".
Pengajaran dari hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kesempatan atau peluang maka hendaklah anda merebut dan mempergunakan peluang dan kesempatan itu dengan sebaik mungkin tanpa berlengah atau bertangguh lagi.
Pelajaran dan masa
Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai.



Teknik menguruskan masa belajar



Di antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti penting semasa.


Kepentingan jadual waktu



Bagi memberikan kesedaran dan galakankepada setiap pelajar agar melakkukan pengurusan masaberkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkastentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yangpelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:
  1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
  2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
  3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
  4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
  5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
  6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.
  7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
  8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
  9. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
  10. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;
  1. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
  2. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
  3. Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
  4. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
  5. Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
  6. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
  7. Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
  8. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
  9. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
  10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.
Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.
Terdapat berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;
  • Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
  • Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
  • Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )




Menyediakan jadual waktu tahunan.




Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu tahunan ialah takwim sekolah. Mintalah bantuan dari guru kanan sekolah, guru penasihat sekolah untuk mendapatkan takwim tahunan sekolah anda.
Tujuan menyediakan jadual waktu tahunan ialah untuk;
  • Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang tahun. Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila ada sukan , ujian, peperiksaan dan sebagainya. Bila aktiviti ini dapat ditentukan maka boleh anda membuat persediaan lebih awal.
  • Memperingati diri anda tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dihadapi dan dilakukan sepanjang tahun.
Persediaan membuat perancangan dan tindakan tahunan anda.





Cara menyediakan jadual waktu mingguan dan harian.




Bagi tujuan menyediakan jadual ini senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu mingguan. Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Aktiviti itu termasuklah;
  • Senaraikan mata pelajaran sekolah yang anda akan pelajari untuk menghadapi peperiksaan.
  • Aktiviti ko-kurikulum yang akan anda jalani.
  • Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berihat, menolong keluarga dan sebagainya.
Dalam masa anda merancang untuk menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini adalah dicadangkan agar anda mengambil kira, iaitu;
  • Aktiviti yang dirancang untuk dilakukan sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan kerja rumah, menyemak nota yang baru diterima daripada pengajaran hari itu dan sebagainya.
  • Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok, seperti membuat persedian awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya;
  • Membuat bacaan atau persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
  • Memahami cara kerja amali yang akan dilakukan.
  • Memahami pengajaran pada hari itu.
  • Menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya.
  • Hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
  • Masa untuk buat ulangkaji pelajaran yang telah dipelajari tahun lepas, semester lepas, minggu lepas, atau membuat latihan menjawab soalan peperiksaan lepas.
Manfaatkan masa lapang



Terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;
  1. Semasa menunggu kenderaan.
  2. Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
  3. Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
  4. Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
  5. Masa rehat yang berlebihan
  6. Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
  7. Masa antara kuliah.
  8. Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
  9. Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
  10. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
  11. embaca nota kecil yang mudah dibawa.
  12. erbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
  13. Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
  14. Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.
  15. Tindakan selanjutnya.
  16. Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. Namun
  17. apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar rumit dihadapi oleh pelajar.
Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:
  • Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
  • Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
  • Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
  • Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
  • Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
  • Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
  • Elakkan suka bertangguh.
  • Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah


Mengenali Phone Anda Sama Ada Ori atau Tidak Ori.









Cara Mengenali Handphone Ori atau Tidak :

Kes penipuan barangan elektronik sekarang semakin menjadi-jadi sehinggakan model-model terbaru pon boleh di ciplak. Di sini ada tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam.

Check it out !! Ikut langkah-langkah seperti di bawah ni :

1. Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.

02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Apa lagi, jom check handphone anda, moga-moga original..!!

Tips Menghilangkan Stress

1.Senang jer bg saya....pada pendapat saya dan cara saya menghilangkan stress ialah dgn menaiki sebuah buai...sambil mendengar lagu yg tenang or lagu kegemaran...tutup mata dan memikirkan detik2 yg gembira..!!








2.Bak kate org lame2 or org dlu2 diorang selalu kate...time kite mandi kite  cangkung dan jiruskan air di seluruh tubuh badan...fikirkan ape yg membuatkan kite stress..dan katakan Lupalah!Lupalah!Lupalah!Insya-Allah menjadi...!!









3.Rendamkan kepala ke dlm air dan jerit sekuat hati...time klau nk jerit ape pon jeritlah....!!!









4.Cara paling mujarab sekali ialah berwuduk..!!!






Selamat Mencuba!!!xD


Tuesday, 2 July 2013

first time

Assalammuallaikum,

And good morning,what's up friend what are you all doing?This is my blog. :)